Monday, November 7, 2011

antara emas,silver dan harapan

why tibetibe aku post pasal entry ni ea?
sebabnye, masa aku baru balik rumah, ibu aku bagi aku gelang tangan emas
takde lah mahal, murah je
but, suddenly aku rasa syok pulak pakai gelang ni
maybe sebab rekaan dia simple je


 simple kan? :)

aku ni bukan lah jenis yang suka pakai gelang emas
aku lebih prefer emas putih or silver la senang cakap
sebab apa?
sebab maybe mentality aku da set,orang yang pakai emas-emas ni semua orang2 tua je
maybe persekitaran aku yang buat aku jadi cam tu
opah aku, even ibu aku pun, kalau nak pergi kenduri apa-apa pun
mesti bawak keluar gelang emas semua
and pakai, bergaya la , biar orang yang datang kenduri buntang mata tengok kilauan gelang emas tu
silapsilap boleh buta tahu!
hahaha
masa kecik-kecik pun, bila tiba hari-hari yang istimewa
seperti
hari raya, pergi kenduri, majlis kahwin
dan yang sama erti dengan nye,
ibu mesti pakaikan kiteorang gelang tangan
sekarang ni bila da besar
over bergaya sikit,
gelang taknak pakai satu,
atleast mesti 2 or 3 gelang kat dua-dua belah tangan
hihihi..macam joyah sangat ke?
tapi kalau ikutkan, aku tak tertarik sangat pakai gelang emas
just bila aku nampak gelang putih, aku mesti usha
aku rasa sebab aku minat warna putih kot.
kalau jalan2 kat mall, nampak je kedai ada gelang emas putih, or rantai putih,
mesti aku usha,kalau tak dari dekat,dari jauh pun jadi la
setakat jelingjeling je la, nak beli tak mampu, hehe
sama la macam rantai, aku tak boleh pakai rantai emas,
aku suka pakai rantai tali or silver
nape?macam orang asli ke pakai rantai tali?
haha, tak kisah pun apa korang nak cakap,
itu hak aku, citarasa aku
and aku suka buah rantai tu, bentuk yang pelikpelik
and kadangkadang, bila da usha rantai or gelang yang aku minat,
and IF time tu aku tak mampu nak beli,
aku mesti cakap dalam hati,
"bila aku da kerja nanti, satu kedai ni aku beli,bukan setakat gelang je."
terbukti kan aku ada unsur2 keyakinan diri yang terlampau tinggi?
hihi, tapi tak salah kita ada harapan yang tinggi,
because, harapan tu la yang boleh buat kita lebih semangat nak buat sesuatu.
jangan putus harapan dalam apa jua cita-cita kita
mcam dalam konteks masalah aku,
aku akan lebih bercita-cita tinggi and semangat tu datang membuak-buak
bila aku angankan apa yang aku tak mampu miliki
aku yakin,
aku mampu berjaya dalam pelajaran aku
aku mampu mendapat pekerjaan yang menjanjikan pulangan yang setimpal dengan usaha aku
aku mampu miliki apa yang aku nak
aku mampu hantar ibubapa aku tunaikan haji 
aku mampu miliki rumah and kereta yang aku nak
aku mampu capai semua citacita aku.

AKU YAKIN DAN AKU BOLEH CAPAI SEMUA CITACITA AKU

No comments:

Post a Comment