Wednesday, October 19, 2011

di hening subuh

bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Tuhanku
segala pujian ke atas Mu
Yang maha Pengampuni
aku bersyukur ke hadrat Mu
kerana memberikan aku peluang untuk hidup di atas bumu ciptamaa Mu pada pagi ini
kerana memberikan aku peluang menghirup udara Mu
kerana memberikan aku peluang untuk bertaubat dari bertaubat atas kesilapanku pada masa silam ku

Ya Allah Ya Tuhanku
aku bersyukur kepadaMu
kerana memberikan aku keluarga di muka bumi ini
memberikan aku kehidupan yang indah
kerana tinggal di bumi yang aman
kerana berupaya menuntut ilmu
kerana mempunyai tubuh badan yang sempurna
kerana berupaya menjalani kehidupan ini seperti sediakala

Ya Allah Ya Tuhanku
sesungguhnya hambaMu ini banyak melakukan dosa
aku alpa dan leka menjalankan tanggungjawab sebagai hambaMu
ampunilah dosa ku Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Enkau Maha Mendengar
dan Engkau juga Maha Mengetahui 
sekiranya dia bukan jodohku,tetapkanlah hatiku Ya Allah
sesungguhnya hati ini amat menyayanginya
bahawa betapa aku mengingatinya
ampunilah aku Ya Allah
kerana menyanyanginya melebihi cintaku padaMU

Ya Allah Ya Tuhanku
aku mohon padamu Ya Allah
lupakanlah diri ini kepadanya
hilangkanlah kasih ini kepadanya
kerana aku tidak teguh menghadapi ujian ini Ya Allah
sesungguhnya nikmat dunia yang Kau berikan kepada ku terlalu berat untuk ku hadapi

Ya Allah Ya Tuhanku
berikan lah ku ketabahan hati
keteguhan iman
dan wujudkan lah perasaan redha di dalam diriku
agar menerimanya pergi dari dalam hidupku
lupankalah ingatan ku terhadapnya
kerana sesungguhnya
kenangan aku bersama dia terlalu indah
teguhkanlah hatiku Ya Allah menerima ujian ini

Ya Allah Ya Tuhanku
sekiranya dia ditakdirkan untuk diriku
kupohon agar takdir dan masa menguatkan cintaku padanya
dekatkanlah hatinya dan hatiku
selagi tidak melebihi kasihku padaMu
dan biar sekuat mana cintaku padanya
ku mohon agar Kau melenyapkan perasaan ini sekiranya dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku dan hatiku
lenyapkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah daku dari kekecewaan
 
amin
amin
amin 
Ya Rabbal Al-amin



2 comments: